Saturday, February 8, 2014

Peguam bela penjenayah.

Lu pernah dengar? Pernah kena? Pernah rasa? Kes ni jadi dekat member gua sendiri. Masa tu dekat Ipoh. Bila mana dia balik masa tu sorang-sorang dalam kereta. Kereta apa gua lupa. Sebab gua tak kenal sangat jenis-jenis kereta ni. * Cool kan gua


Dalam jam duabelas lebih dia drive sorang-sorang. Masa tu bila sampai depan trafiic light lampu merah. Dia dah perasan ada kereta ikut dari belakang tapi kereta mercedes apa tah warna hitam. Agakla kan kalau bawak kereta mewah tu.. ofkos la orang kaya drive kan.. So taknak langgar lampu isyarat, jadi dia berhenti la.


Tiba-tiba kereta mercedes tu potong, berhenti betul-betul dekat depan kereta dia. Turun dua orang lelaki masuk terus dalam kereta dia. Paling menakutkan diorang tunjuk ID polis. Dia mulanya ingatkan itu polis betol jadi dia bagila lesen suma. Lepas tu lelaki tu acukan pistol. Gua kasi tau lu penyamun tu acu pistol. PISTOL!



Member gua terkencing ya. Penyamun tu tumbuk member gua mintak duit dan nak rampas kereta dia. Dia masa tu memang takde duit dalam wallet. Jadi penyamun tu paksa pegi ATM. Takut kena tembak punya pasal maka member gua setuju dan penyamun tu bawak kereta tu ke ATM.

Nasib kawan gua baik sebab ATM tak boleh pakai malam tu tapi penyamun tu tak puas hati. Dan lagi bertambah baik nasib dia bila dia nampak ada kereta polis ronda dia terus lari ke arah kereta tu tanpa fikir panjang. Dia terus jerit kat polis tu. Yang membangangkan fikiran.. polis tu pergi kat penyamun tu. Penyamun tu relax je diam tunjuk ID Polis ngan IC. pastu penyamun tu kena tahan gak.

Member gua buat report tapi esoknya member gua dapat call dari peguam.. mintak tarik report polis. Peguam tu sanggup bayar berapa je member gua nak. Tapi member gua taknak tarik. Esoknya peguam tu datang rumah member gua. ketuk pintu macam SAMSENG!! mintak tarik report. Member gua dah gelabah dah. Jadi member gua tarik balik report.

member gua cakap diorang tu pelajar kolej.. jadi parent diorang taknak la apa-apa jadi mengganggu pelajaran diorang. What a BULLSHIT! Suruh tarik report semua. Penyamun tu lepas macam tu je. Gua syak diorang dah banyak kali menyamun pastu kena bela ngan peguam. *lu rasa adil tak?


1 comment:

Zyra Roxx said...

spoilt brats. main peguam². takpe, kat padang masyar nnt kita tengok cemna.