Monday, December 30, 2013

Pengurusan masa.

Alasan buzy memang selalu gua dan juga blogger yang tak berapa tegar guna untuk elak dari dicaci maki oleh pembaca setia yang boleh gua kira dengan jari. Esok gua kena conteng sekolah tadika. Walaupun contengan gua tak seberapa santek macam pelukis-pelukis mural yang bagus. Gua yakin lukisan gua ada nilai seni tersendiri sebab itu gua dipilih hahahaha. Tapi bila gua browse beberapa gambar mural 3D gua rasa makin teruja.

Tapi apa yang buat gua rasa bersalah ialah harini gua belum selesai letak cat base kat dinding sekolah tu dan ambil masa lama sebab hujan. Sepatutnya gua cuti jadi pelayan tapi supervisor gua suruh datang sebab ganti cuti dengan staff permanent. Gua balik rumah 8.30 malam dan rasa amatlah penat jadi gua amik keputusan tak datang kerja. Yang membuatkan gua rasa lagilah bersalah staff restoran tak cukup. Bila gua tak datang gua dapat instinct yang pelanggan harini amatlah ramai dan staff yang tak berapa nak ramai itu adalah tidak mencukupi. 

Esok gua nak mulakan conteng dinding setelah selesai cat base. Gua yakin tak boleh siap esok haha. but gua will try. Kelas gua skip sebab baru lepas satu exam. Jadi kelas takde cuma ada aktiviti sendiri. sebab tu gua amik keputusan untuk cari duit poket conteng tadika. Bila gua fikir balik kenapa gua nak buat semua benda? Rasanya gua tak buat semua benda. Cuma gua buat apa yang gua suka dan gua buat apa yang gua mampu dan gua gunakan masa yang gua ada dengan perkara yang baik.

Menjadi masalah disini gua dapat rasakan pengurusan masa gua lemah. Dah banyak kali gua berusaha untuk menjadi pengurus masa yang baik. Apa yang patut gua buat ialah plan well do well dan selitkan nota time management dalam poket. Pepatah Mat Salleh 'Work your plan' dan 'Walk your talk' perlu sentiasa dalam kepala otak supaya pengurusan masa jadi lebih baik. Sebelum ni gua selalu plan apa nak buat esok harinya. Itu adalah lebih bagus. Beberapa bulan ni gua tak buat. Jadi kelam kabut sikit. Atau mungkin juga gua perlu dapatkan gajet atau hanphone baru yang lebih canggih dari handphone yang gua ada. 

"mungkin gua patut dapatkan yang ini?"

Hanphone biasa yang ada kalender dan reminder saja pon ok kot haha. Apapun this 2013 gonna end.. 2014 will be a great year for us! Okeh jumpa lagi.


1 comment:

ct cucubi said...

Semoga tahun 2014 lebih baik dr dulu...