Tuesday, September 24, 2013

Hidup ibarat mengayuh basikal.



basikal..
ya hidup itu kamu boleh samakan dengan mengayuh basikal.
langkah kayuhan perlu diteruskan.

Kadang hidup penuh tekanan. Kadang hidup penuh kejutan. Kadang hidup tak seperti yang hidup. 
Hidup itu perlu diteruskan. Selagi roh masih dibadan.. masih belum masa.. walau tahu akan tiba..

Ada langkah yang sepatutnya tidak diambil menjadi pilihan. Langkah yang kononnya ada cahaya. Cahayanya makin samar. Langkah diteruskan. Alam seakan mencemuh kamu. Bila mata  itu beralih ke arah kamu mula merangkak tak tahu kemana. Sampai ada tangan menghulur. Jari yang kecil itu memang susah nak diselamatkan tapi patut kamu takut hilang akan satu tangan.

Bila yang menghulur mula menelan. telanjang habis hilang badan..
Yang menghulur mengira tangan.
mungkin sukar mainan otak. langkah laju menjadi perlahan. kertas hitam dalam genggaman.
masih lagi kelam. menyisir laman hijau. duri mawar itu kekal meski bunganya mekar. jatuh layu mekar bunga. putik baru menyusul. bangkit rama-rama.

akal mula merungkai. Ibu alam mula memberi petunjuk. 
Langkah diteruskan meski kamu terasa hilang tujuan.
Perbetulkan langkah. Selagi roh masih dibadan.
peluang itu suatu nikmat.
Sedikit pengajaran buat pedoman.
Sediakan bekalan.
Bukan pertikai yang bukan-bukan. 
Langkah mesti diteruskan.
.
.
.


gua bermadah pujangga berpuitis sikit ni. amacam? bukan senang gua nak buat puisi. Ni kalau gua sebut berlatarbelakangkan gitar akustik konfem ada yang sanggup ajak gua kawen. Tak kesahla lu orang nak kata gua jiwa halusss ada taman.. itulah gua! Sayang gua tak?......  . . 

nah gua kasi flying kiss satu.. 
fuuhhhh ~ 

 


2 comments:

Cikya said...

guwa taknak diumpamakan basikal.

nak naik kereta convertible,
acah acah musim bunga, sudah mampu mengisi petrol ron97 semestinya.
Bukan berlagak kaya.
sambil kibar topi corak flora,
gaun kembang,
hirup udara..

caitt!
asap diesel bersubsidi lah pencemarnya!

hahaha...

tak cukup puitis sebab mengarut je kerja

ini aku? said...

adoi hahaha.