Sunday, September 22, 2013

Handphone Plaza Alam Sentral (PAS)


haa! pernah pegi tak? Gua masa belajar kat Shah Alam dulu slalu jugak la pegi sini. Kadang shopping kadang cuci mata je. Kadang tengok artis datang buat performance bila ada event-event cam raya ke apa ke. Sebab dalam tu kan ada TV3 punya Sri Pentas 2.

tempat takla gempak dan hebat mana pon. Tapi oklah semua lengkap dalam tu apa kau nak cari ada kat dalam PAS tu. Bagi gua paling best ada cafe Oshima kat luar PAS tu best ooo makan makanan jepun walaupun orang melayu yang masak.

tapi awas!! Gua sebenarnya nak cerita pasal handphone yang ada jual dalam plaza tu. For your infomartion.. kebanyakan outlet dalam plaza tu jual handphone tipu ataupun tak ori lah. Kalau kau nak beli pastikan kau tahu dan cerdik nak bezakan antara handphone ori atau AP ataupun plastik.

Gua pernah kena tipu sekali. Ok mulanya gua teringin sangat nak pakai SE W 380 kedai paling gua rasa agak selamat ialah PAS. Gua dah belek-belek handphone gua pon agak naif masa tu. Tak tahu langsung pasal handphone. Bila dah bawak balik. Gua pakai sehari je handphone tu dah rosak. Cover dia tertanggal macam-macamlah problem. Gua pegi pulang balik dan terjadilah gaduh besar antara gua dan penjual itu.

akhirnya penjual tu taknak amik balik handphone gua dan terpaksa jugak jual RM50 je padahal harga handphone tu RM340 pada masa tu ini mahal ya!! Mahal!! So gua agak sakit hati dan agak rasa sangatlah ditipu.

So masa dah berlalu salah gua jugaklah tak cerita dengan orang. Dah berbulan berlalu tiba-tiba gua tengok kat TV3 keluarkan cerita pasal handphone di PAS yang banyak penipu ini. Harini gua dapat tahu kawan gua pulak kena tipu. Dia beli S Duos dan pakai sehari jugak dah rosak.

Gua suruh dia mengadu dekat Jabatan Pengguna. Agak mengecewakan jugaklah bila gua tahu kes handphone tipu ni masih ada dan banyak orang ditipu. Kebanyakan target diorang ialah orang tua dan tak tahu apa-apa pasal handphone. Macam mana nak tahu diorang bagi kau handphone tipu?:

1. kad warranty original takde dia tulis warranty atas surat resit.
2. kotak handphone agak pelik dan berbeza dengan kotak yang ori.
3. Harga agak murah.
4. Manual handphone yang pelik contoh ringan, nipis, dan tak cantik.
5. Audio handphone kualiti rendah
6. Kamera hanphone kabur.
7. Handphone ringan.

Jadi kalau kau nak beli handphone pastikan kau pergi terus centre handphone tu. Hati-hati bila nak beli handphone. Tanya banyak kali ini handphone ori ke? pastikan korang tahu macamana nak bezakan handphone ori dan tak. Jangan malu sangat nak tanya. Hak pengguna!

Gua dah macam reporter suara rakyat. Gua yakin gua boleh pergi jauh!

"Seman melaporkan untuk TV3!"





2 comments:

Aujinz said...

ooo.. baru aku tau pasal handphone PAS... tak pernah pergi PAS so aku tak tau laaa pasal handphone kat situ.. huhuhu

naiezaa runa said...

baru je kene tipu