Thursday, July 18, 2013

Kisah makan gaji!

Yo bro!
Asalamualaikum.

Nama gua Seman Gagah. Gua akan ambik alih blog ini untuk beberapa hari. Bukan Bedah je gagah gua pun gagah juga. Gua harini ada kisah nak diceritakan.. Baru tadi gua ada sembang dengan kakak yang tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan dia di kota metropotilat KL ni.

Gua tak berapa tahu sangat kisah kakak ni. Gua bagi nama dia Kak Ain. Tapi cukuplah bila kita dapat belajar beberapa isi-isi penting yang positif. Mulanya kakak ni taknak ceritakan kisah dia. Tapi gua nak tahu jugak kenapa dia memilih untuk belajar daripada terus mencari kerja dan hanya makan gaji.

Kak Ain ni pernah bekerja sebagai kakitangan di sebuah hotel. Tak perlulah nak bagitau lanjut hotel mana. Dia dah berkhidmat kat hotel tu hampir 10 tahun dan punyai seorang anak. Dugaan datang bila dia ditinggalkan suami. Katanya takde jodoh. Terkontang-kantinglah dia dan anaknya yang kini berumur 13 tahun. Disebabkan hotel tersebut melakukan pembaikpulihan bangunan, mereka memberhentikan hampir semua pekerja termasuklah Kak Ain. 

Kak Ain mengambil keputusan untuk belajar SKM Pengeluaran Bakeri. Dan pada sebelah malam Kak Ain bekerja sebagai pembantu restoran. Agak sukar sebenarnya nak membahagi masa belajar dan bekerja. Penat bukan satu alasan bagi Kak Ain. Harapan Kak Ain satu hari nanti dia akan mempunyai perniagaan sendiri dengan membuka sebuah kedai bakeri. Anaknya Aishah sekolah berasrama, jadi dia tidak perlu terlalu risau tentang Aishah. Sempat gua catitkan beberapa ayat dari Kak Ain yang boleh menjadi panduan dan peringatan kita.


"Bukan akak taknak makan gaji.. Pengalaman akak dibuang kerja cukup memberi pengajaran yang makan gaji tak kemana.. Memang ada pampasan. Tapi duit kalau tak pandai urus habis macam petik jari je."

"Jangan terlalu bergantung pada kerja dan majikan. Kawan akak kerja hampir 30 tahun pun diberhentikan. Mana dia nak cari kerja?..Kita tak tahu masa depan macam mana. Kalau ada peluang mulakanlah perniagaan."

Ada betul jugak cakap Kak Ain. Bila dia terlalu berharap pada kerja tiba-tiba diberhentikan dan tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk belajar dan memulakan sesuatu yang baru dan ingin menceburi bidang perniagaan satu hari nanti. Gua rasa umur bukanlah penghalang untuk belajar.. selagi hati dan keinginan untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik Insyaallah bantuan akan tiba.

Okeyla bro.. Coretan gua tak hangat macam bebelan Bedah. Tapi gua tetap akan menaip kekunci netbook ini untuk beberapa hari lagi. Haha! Gua nak blah dulu.

3 comments:

cik Bunge said...
This comment has been removed by the author.
cikbunge said...

hye seman gagah.
pliss kem salam bedah! aku rndu! hahaha :D

ini aku? said...

hye cik bunge. Gua hensem dan solo. bedah kim salam rindu kembali.