Saturday, October 5, 2013

Sombong.

Assalamualaikum.
Salam hari sabtu..

Apa lu buat harini? Hari ni gua ada part time.. sebelum bua blah pegi buat part time.. gua nak cerita sikit pasal ada sorang hamba Allah tu.. Dulu dia dengan member dia sangatlah baik.. Biasalah zaman universiti. Tapi baik ada makna.. Baik dia nak dapatkan nota-nota yang orang lain salin jadi dia amik baca saje. Dan banyak lagi makna.. Senangkan jadi parasit.

Gua tak kesah nak bagi pinjam nota tapi satu hal gua tak suka.. bila tiba exam atau test.. markah dia dapat lebih dan mulalah dia mengata orang lain.. "You guys study macam nak mati tapi markah sikit?".. Ni gua nak bagi tahu yang sebenarnya dia dapat markah tinggi sebab meniru. 

Makanya gua tak terkejut kalau dia dapat markah tinggi. Gua senang je.. gua balas.. 

"Lu agak-agak kertas sijil yang lu dapat tu ada berkat tak?"

Terkelat-kelat muka lu tersengih.. Lu bukan kesah berkat ke tak kan? Yang penting lu lulus dapat sijil kan? Sekarang member gua dapat kerja dah. Makin belagak lah member gua tu. Kalau orang kampung kata 'hantu naik tocang' maknanya makin menjadi-jadi. Apa yang makin menjadi-jadi? Sombong dialah makin menjadi-jadi. 

Apalah sangat lu kat dunia ni. Belum jadi kaya raya lagi lu dah sombong? Lu jangan ingat member lu yang lain tu miskin selamanya. Bro.. rezeki bukan lu yang tentukan. Sekarang lu dapat kerja bagus member lu ada yang kerja biasa je. Tapi tak perlu la lu maki hina member lu. Kan lagi elok kalau lu doakan kesejahteraan member lu?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." Maka seseorang berkata: "Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar cantik?" Maka berkata Rasulullah: " Sesungguhnya Allah itu Maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian yang indah tidak selalu bererti sombong). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain." (Hadis riwayat Muslim)

p/s: gua pun ingatkan diri gua jugak. people do make mistake. Ingat mengingati tu kan bagus.

2 comments:

Aleen Aiden said...

takpe, doakan je semoga dia dibukakan pintu hati untuk pandang tanah tempat dia berpijak jugak. semoga tak terlalu jauh sombong dan riak bawak dia. :)

Cikya said...

Seman.

Pehh, boleh meniru?
lenient nya dewan peperiksaan korang!
*terkejut lagi*

Oh, betul. Tak berkat.
Lagi lagi pesen merendahkan orang yg dapat rendah.
Eleh!

makanya,
doa dia dapat kesedaran je lah.
nam mintak ampun ngan sape kalau meniru dalam exam Seman?