Wednesday, January 16, 2013

isu listen

yes cik kiah! yes! bedah ni pon sebok nak cerita pasal isu listen yang korang dok heboh kat pesbuk tu. takde dah isu lain haa. sebok dok listen, listen, listes, listes, lisen! pfffttftt..

betol.. banyakkan mendengar dulu. sebab tu telinga dicipta dua. kiri dan kanan.. bukan dekat depan muka.. bukan dekat belakang kepala.. bukan dekat kaki.. bukan dekat tangan.

Tapi dekat otak..

supaya kamu itu pandai guna otak dan
befikir!

betol.. tindakan zarifa selena zalora what so ever itu sangat tak profesional. tapi dengar kesahnya bawani bertanya bukan pada sesi QnA.. profesionalkah bawani?

betol.. tindakan selena zalora zarifa what so ever itu sangat tak profesional. tapi cara bawani bertanya soalan dengan menjerit-jerit itu profesionalkah bawani?

aku respek bawani kerana berani berdepan dan bertanyakan hak dia sebagai pelajar. berani berdiri dan berusaha menegakkan hak dia sebagai pelajar.

memang hak kita bersuara dan memberikan pendapat. Tapi banyak lagi perkara yang kita perlu tahu. Jangan main ikut suka minta itu ini. Dan membandingkan beberapa perkara dengan itu dan ini.

Salah selena zalora zarifa what so ever sebab pegi bandingkan masalah manusia dengan haiwan tu kejadahnya.. tapi manusia yang perangai macam haiwan banyak kat dunia ni..

Salah selena zalora zarifa what so ever menarik mikrofon. Sepatutnya biarkan bawani tu habiskan sahaja soalan dan pandangan dia. Biarkan..

tau tak negara-negara yang dia sebut tu. Memang ada pendidikan percuma tapi banyak..
kos tersembunyi!!

tau tak negara-negara yang dia sebut tu. Memang ada pendidikan percuma tapi banyak..
cukai dalam negara yang tinggi!!

tau tak negara-negara yang dia sebut tu. Memang ada pendidikan percuma tapi banyak..
banyak pelajar yang terpinggir!!

banyak negara yang bawani bandingkan kaya dengan inflasi. Sanggup ke bayar cukai tinggi? gula naik sikit bising! minyak naik sikit bising! ya memang dalam negara kita ni banyak perkara perlu diubah. tapi banyak juga perkara yang perlu dikaji. Bandingkan dengan negara luar. Tapi jangan ikut sistem mereka. Sebab apa sebab banyak perkara kita tak tahu.

fikir sejenak sebelum berkata-kata..

Kat Malaysia pun ramai gak yang dapat pendidikan percuma. JPA, BIASISWA itu ini. Aku tak dapat biasiswa pun. Aku masih dapat belajar. Memang hak kita bersuara. Banyak perkara kita nak ubah.So selena zalora zarifa what so ever selepas ni jawab la dengan tenang. Jangan ikut emosi. Beri kami hak bersuara. Dengar pendapat kami. kemudian jelaskan dengan baik. Supaya kami faham.

Banyak perkara kita tak tahu. Jadi dengar dulu. Fikir..

apapun.. bawani dah bagi bedah inspirasi untuk jadi lagi berani!
 

7 comments:

Cik Bambam said...

kelas kak bedah! let me speak! let me speak! hehehehe

Anonymous said...

kak bedah pn ckp x guna fakta. naty kn menibul keaiban.... cer tgok vedio terbaru yg ditemubual di rumahnya.. sekian

megat isa said...

alahai dik.. anonymos la pulak..

megat isa said...

bawani juga beri impak untuk mahasiswa jadi berani. berani bertanyakan hak. kan.

Anonymous said...

tp ap yg penting kt mana2 university...majority student xder pendirian... tngk la students2 dlm dewan tu... bab sharifah tepuk...bab bawani tepuk...sume pak angguk je.. offer galaxy tab...sume naakkkk je...mmg la benda free ak pun nak...kahkahkah...
bab2 duk sorak kt orng mmg kita orng melayu no 1....tu pasal budaya bertanya kurang ad pd orng melayu..sbb nnt malu kot2 kene sorak kene booo kt member2.... spatutny benda2 mcm nie la kite kene brainwash...biar dorng jd matang..stop berfikir mcm budak2...ak pun termasuk samala dlm kategory xnak malu kene sorak tu... so ak paham sngt bile bbudak2 dlm dewan tu duk sorak bagai...

megat isa said...

betol.. majority macam lalang.. tak berani nk tampil.. aku pon tak bagus mana.. sebab tu banyak benda kita kena ubah. mentaliti melayu dan mentaliti rakyat malaysia banyak kena ubah.. dunia sekarang tak macam dulu.. banyak cabaran..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.