Thursday, August 30, 2012

itu fitnah!

Eh kengkorang sume! sehat ke tidak? bulan raya ni kannn.. korang dah puas raya ke tidak? ni aku takde nak berkesah pasal raya ni.. aku nak cerita pasal fitnah uolsssss!

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani" - Al-Hujurat 49:12

korang kann kalo lah terdengar citer ke terbaca citer ke ko siasat tak? ko tanya tak orang berkaitan? ko siasat pulak camne? ko g cari orang yag betol tak?

ke korang g check kt internet.. pastu jadi orang bodoh percaya seratus tujuh puloh juta peratus? tak pon ko pecaya kat mulot-mulot lahanat itu dan percaya dua puloh juta ribu peratus? hazaaab!! hazaabbb! hazaaabb sangat ko kann?

ko nak tau pasal fizik ko pegi tanya tukang kebun? harus la dia tak tau.. melainkan tukang kebun tu pakar fizik mana-mana sekolah ataupon universiti! tapi kalo ikot logik la kan takkan la pakar fizik nak jadi tukang kebun.. apa pon yang korang tau siasatla betol-betol!

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" - Al Hujurat : 6

jangan ko jadi orang bodoh bertanya kat orang bodoh! dapat jawapannya bukan jawapan pandai ya.. jawapannya opkos lah jawapan BODOH! merasalah ko jadi orang bodoh.. ko suke kan?

akak setuju ngan ko bedah! setuju sangat!

No comments: