Monday, June 25, 2012

surat mak melur

kehadapan anak mak yang masih dara,

Dah lama mak tak menulis surat tuk anak-anak mak semua. Mak harap korang sehat walafiat. Jangan lupa makan jamu mak kirim dari pulau senggola tu! bukan apa tuk kasi korang berseri sikit..

ni mak nak cerita ni.. ada jantan sebelah rumah mak tu haa.. asik la tukar pompuan sana-sini.. pastu dok sebok kata dialah paling hot.. ko tau mukanya kalah ponggong periuk cap helang mak beli tahun 70-an dulu tu haa!

pompuan bodoh mana tah ikot dia.. dasat kau! satu hari tu dia jumpa mak.. dia kata pompuan tu yang sebok dok nak kat dia!.. apa ingat mak bodoh! dah sah-sah dia yang mainkan pompuan tu konon kata suka padehal dok mainkan hati pompuan tu je.. 

sampai satu masa tu.. dia kata dia dah jumpa pompuan idaman hati busuknya tu! mak pon tumpang gembira la kalo betol dia nak kat pompuan tu kan? Takdela pompuan tu kena tinggal je nanti.. tup-tup kau! pompuan tu yang tinggalkan dia!

merasalah! itu suma karma tu! Janganlah dok mainkan hati orang!.. nah sekarang balasan lelaki tu kena tinggal ngan pompuan tu. mau tak giler? jantan tu kemain g jumpa mak ayah pompuan tu.. sekali pompuan tu dah tak berkenan kat dia!  sentap! 

orang kata biar muka buruk hati baik takpe. ni muka buruk hati pon buruk.. pompuan mana yang nak? mak nak nasihat sikit.. korang anak-anak mak jaga batas pergaulan tu.. kaji selidik sikit jantan-jantan yang korang berkenan tu.. jangan termakan kata-kata manis je haa..

mak nak anak mak sume bahgia dunia akhirat.. cerita mak ni sampaikan kat jantan-jantan yang suka mainkan hati pompuan ya.. ingat baik dibalas baik.. buruk dibalas buruk.. anak-anak mak jaga diri.. jangan buat perangai! korang tu anak dara! mak nak kasi pantun juga buat penghujung kata.

ko jangan gedik melentik
orang maki kalo tak beradab
mak memang slalu cantek
kerna mak jaga adab!

salam sayang,
mak melur


4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

power betul ayat mak melur

hiks

LydSunshine said...

Mak melur! Hahah.. Saya selalu perhatikan, lelaki yg muka buruk ni biasanya perangai lagi buruk berbanding lelaki hensem. Setakat ni yg saya tengok kawan2 saya dan pengalaman sendiri, lelaki tak hensem ni suka perasan hensem, pastu buat muka kesian masa nak mengorat pompuan. Pompuan plak terima lelaki tu bukan sbb suka sgt mula2 tapi sbb tak sampai hati tgk muka seposen lelaki tu. Tapi lama2 sbb dah boyfriend sayang jugak separuh mati. Then lelaki tak hensem perasan hensem ni pun mula la buat perangai. Curang la. Apa la. Ishh...

Asyiqin Haulisah said...

baik mak. mak walau dah tua still bergetah.

Najeera Yahya said...

roger mak melur!