Friday, December 30, 2011

hudud dan kisas

Ko nak tau tak? Takpe ko taknak pon aku kasi tau juga kat ko ye.. Bukan apa pon. Rumah kawan aku kena rompak. Malam tu macam malam-malam biasa gelap je. Malam tu juga macam malam-malam biasa membuta le. Kejadahnya anak dara nak jadi kupu-kupu malam? kann..

Malang tak berbau. Entah jantan dari puak suku mana pecah masuk rumah diorang. Punya la takot yamats. Korang takot tak? Habis komputer riba, komputer kaki, segala komputer dihambiknya! kamera pon dia ambik tau! apa ko hingat perompak tu tak teringin nak posing-posing depan kamera?

"harini aku rompak rumah jijah dapat letop sebiji!"

Penat kawan aku tu kumpul duit tahan perut bagai nak beli suma tu. Nasib perompak tu tak buat apa-apa kat diorang. Syukur sangat tau. Pastu ada budak UNISEL jiran diorang nampak perompak tu. Apa lagi uols! Capai telepon call abang polis lah. Dapat tangkap perompak tu tapi sorang terlepas.

Paling sedih barang yang dirompak tu ada kat tangan perompak yang terlepas tu. Segala kerja-kerja diorang tak dapat jugak la nak diselamatkan. Apsal aku cerita semua kat ko kan? Ok la aku nak sambung balik cerita aku. Kalo hukum hudud dan kisas ada kat Malaysia ni ha. Sumpah takde sapa berani mencuri atau buat jenayah yang dibawah hudud.

ko merompak! aku potong burung murai ko!

Aku setuju sangat perompak tadi kena potong tangan! Kejam? Halooo pondan! Perompak tu tak kejam pulak curi barang semua tu? Tak kejam nenek ko! Dulu ada satu ayat bodoh dari makhluk bodoh! kalo hudud diamalkan habislah satu Malaysia kudung. Hey bodoh! Dalam seratus orang takkan semua tu pencuri? Lagipon bukan boleh main potong je. Siasat lah dulu betol ke tidak!

Perompak tu lagi kejam okeh! Belom kena kat batang hidong ko boleh la kan. Ko dah kena rompak nanti baru ko tau sapa lagi kejam. Tapi maaflah sedara. Hudud takde kat Malaysia ye! paling kurang pon penjara denda seribu dua. Adil lah sangat kan?

Apa yang ko takot sangat dengan hukum hudud dan kisas? Kalo ko tak buat salah takde lah kena hukum? Sape lagi kolot sekarang? Eh ko tau ada satu kes tu pencuri shampoo kena penjara dua tahun. Berapa ringgit lah sangat. Tapi perasuah berjuta-juta penjara setahun je ko tau.

memang adil lah amat sangat kan?

3 comments:

Anonymous said...

fuh..panas~~

budakampung said...

ok kita geng~ hahaha xD

http://storyofateenagers.blogspot.com/2011/12/kejamkah-hudud.html

cantekk said...

'adil sangaaaat..'