Monday, November 14, 2011

cuba sabar!

Aku tau ko ada masalah! tapi tak payahle ko kecoh satu dunia. Dunia pon belom tentu nak dengar masalah ko!

Kang aku cakap lelebih ko sentap-sentap muka aku.. turun saham aku nak menjaja karipap.. 

Ye aku tau ko nak berkongsi masalah. aku paham ko nak meluahkan isi jantung dan isi perot ko itu.. konon taknak pendam takot giler meroyan sengsorang kann!

Tapi pekejadahnya ko dok memarah kat orang lain? Apsal ko nak gegedik memaki orang ramai? Setan apa merasuk ko?

Orang lain pon ada masalah tapi diorang tak le menyelap macam ko! Gegedik segala cam masalah ko itu kalo tak kecoh bumi boleh meletop! Hayoooooo! Sangat ko!

Kalo setakat masalah dalam kain! laki bini je setelkan dahle! ko nak bagitau masalah ko kat orang kampung segala kenapa? 

Biar apa pon masalah ko.. cubale bawak bersabar! Bukan ko aje aku pon kena bersabar juga ni! cam aku gitau tadi bukan ko satu-satunye manusia yang ada masalah!

Kalo ko bukak kepala otak ko dan tengok sekeliling mesti ko rasa masalah ko tu kecik je! Dah! Tak payah le ko fefeeling drama bawang putih bawang merah! Nanges konon..

besar sangat ke masalah ko berbanding mereka! 



luqman:17 "hai anakku dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh allah)."

5 comments:

Niza Romli said...

"besar sangat ke masalah ko berbanding mereka!" - Gambar

Sentap dgn ayat dan gmbr tu. Baru sedar...;(

Cik Bambam said...

janganlah lihat org yg berada di atas kita.. lihat yg berada di bawah kita kan.. :)

lieynanilaz said...

tu orang yang x guna akal...huhu...

LURZAN TAZA LIMAJ said...

ape masalah problem nye megat??

Anonymous said...

tak bsyukur..