Monday, October 10, 2011

Rumah sewa!

Harini awan mendung.. aku tersipu malu dihadapan komputer riba.. aku sentuh setiap kekunci komputer diriba ku itu.. tersembullah setiap huruf didalam kotak 'new posts' blog ini..

Aku teringat dua-tiga hari yang lepas.. waktu itu hujan sangat lebat, kulihat air mencurah-curah ke daun keladi.. tapi daun keladi tak basah pun..

Tiba-tiba amat terkejutlah aku melihat komputer riba aku disimbahi air hujan dek kerana bocornya atap rumah aku.. nota-nota tenggelam di dalam air yang penuh dilantai.. tetikus juga tak ketinggalan bersama didalam air hujan yang melimpah ruah di lantai..

terkejut seketika aku.. terdiam tak terkata.. ini bukanlah kali pertama air hujan masuk ke dalam rumah.. berbaldi-baldi sudah air kutadah..

Aku mengambil tindakan untuk mengeringkan sahaja peralatan teknologi canggih ku ini. Supaya dapat ku elak lintar pintas dan takut-takut kalau aku mati kekejangan.

teman serumahku Ahmad mengambil keputusan untuk menelefon tuan rumah Puan Som.. Puan Som pun mengangkat telefon di tangannya. "makcik.. rumah bocor.. makcik tidak mahu membaikinya?" tanya Ahmad..

dengan agak selamba Puan Som terus membalas "Makcik memang cantik sangat.. sebab itu makcik tidak mahu membaiki kebocoran atap.. kalau nak pindah amat makcik alu-alukan"..

aku yang mendengar cerita dari Ahmad merasa terkilan.. terkulai layu.. sudahlah tinggal di rumah sewa yang agak usang ini.. sekarang bagai anjing dihalau..

sudahlah makcik! bukan itu sahaja rumah sewa yang ada di dunia maya ini.. Sekarang aku mengambil keputusan untuk terus pindah.. teman serumah ku yang lain juga sedang asyik dan rancak mencari rumah sewa..

Aku harap akan bertemu dengan rumah sewa yang tujuh kali ganda lagi sempurna dari rumah yang aku diami sekarang ini..

Aku juga doakan Puan Som akan sedar akan perbuatanya.. akan aku tinggalkan rumah sewa mu ini dengan elok tidak seperti keadaan aku masuk dulu..


Sedih sungguhlah cerita kau.. akak tersedu-sedu haa..



3 comments:

Cik Bambam said...

hahahah.. ko cabut pintu dia! biar uamh sewa dia takde pintu! kah kah kah.. jahat sungguh..jangan non.. wuwuuu~

World of Azketom said...

sebelum keluar, simbah cat merah. at least kalau makcik tu tanya...awak boleh cakap itu painting artistik...banyak lg rumah sewa di kl ni...

Aujinz said...

kalau ade singki kat rumah dia, hang cabut jer kepala paip dia.. kasi amaran sikit... koh koh koh