Sunday, September 18, 2011

bomoh cas lebih!

dari jauh aku nampak satu reksaksa gemok kaler kuning berdiri kat tepi dinding! relax je dok pegang perot boyotnye ittew.

dia melambai-lambai kat aku.. mula-mula aku takot gak.. kang tetiba kena makan.. arwah teros.

tetiba reksaksa tu menghasut aku untuk menukar line telepon aku kepada line yang dia guna! Motip dia pakai telepon juga ke? oh man.. apakah ini?

aloo u nak setan sekor?

baru aku perasan kann.. reksaksa tu adalah jembalang kuning yang akan ko bawak balik kalo ko pakai line digi! sekaligus akan menjadi saka ko.. berdosa kan bela saka? tapi katanya saka yang ni line ko clear jeeee. ye kew?

kemudian aku nampak sorang bomoh jembalang yang lagi jembalang dari jembalang kuning tu! aku tanya dia camne nak tukar network ni? dia cakap kemain laju! aku carut sikit kat dia "apsal u cakap laju! saya takot tau!"..

pastu dia cas soploh ringgit. aku bayar je la. doplohempat jam aku kena tunggu untuk menurunkan saka jembalang kuning ke dalam badan aku.. uuuuu tak sabarnye dapat saka uols!

tapi dah doplohpat jam aku tunggu sekor jembalang pon takder! aku p cari bomoh jembalang yang cakap laju tadi.. dia boleh tanya camni "apa pasal? jembalang u tak boleh gune ke?" aku carutkan lagi "nak tunggu sampai bile nih? nanti aku tak jadi amik saka ko baru tau!"

dia pon mulakan upacara menurunkan saka.. tak sampai sejam aku dah dapat sekor saka kuning! ko nak tak?

ko ambik yang gedempol tu!

aku pon mula berkenan nak tanya pasal jembalang kuning berinternet untuk berihitam (blackberyy uols!).. kali ni aku kena berdepan dengan bomoh jembalang jantan tanduk terpacak bagai!

sembang punye sembang dia nak kenakan pengeras untuk ilmu jembalang ber 'internet' beri hitam tu RM90 ko tau! giler! nasib baik jembalang kuning kawan aku dah ada ilmu pencakar langit tinggi teros dia rasuk kawan aku untuk carutkan jembalang jantan tadi!

"aku buat free je! apsal ko nak kenakan pengeras sampai 90 hengget haa?"

bomoh jembalang jantan tu terkedu pilu.. tertunduk malu.. terus kawan aku carutkan lagi "takpe biar ilmu jembalang kuning aku yang buat sendiri".. terus kawan aku amik berihitam ittew dan buat sendiri. percuma je aku tingkatkan ilmu jembalang kuning aku!

ternyata bomoh jembalang jantan kuning rambut pacak itu penipu besar! suke hati dia je nak menipu bagai ni.. mentang-mentang jembalang kuning aku baru sekolah. hati-hati uols! bomoh sekarang banyak penipu!

aku nak latih jembalang aku jadi hebat! boleh carutkan bomoh penipu lepas ni!

u jangan tipu sama dia aaa! aunty kasi santau sama u!

5 comments:

budakampung said...

tak paham kbaii =="

TheChekJah said...

jangan santau la... bawak g jumpa ustaz... haha.. mana tau jumpa jodoh ngan ustaz tu... hehe

Niza Romli said...

sOmey lote nyeer saka ko bedah!!

DoodleLicious said...

a ah 23 sept. kalau sempat , join tau ^^

kura said...

kasihan brader kuning ni. hahaha